INFO  
 

Pengaksesan bahan daripada internet merupakan salah satu ciri utama dalam pembelajaran era digital dan globalisasi

Sehubungan itu, salah satu kemahiran penting dalam persekitaran pembelajaran kini ialah kemahiran memproses dan mempelajari bahan berbentuk hiperteks dan hipermedia yang diakses secara dalam talian

METAKU™ adalah untuk pelajar yang ingin mengakses dan mempelajari bahan dengan efektif dalam persekitaran pembelajaran hipermedia

Ia memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian

METAKU membantu anda belajar secara kendiri cara mengakses, memilih, menyimpan dan mempelajari maklumat daripada Internet

Membantu anda mengamalkan strategi metakognitif iaitu merancang, memantau dan menilai dalam proses pembelajaran

Membimbing anda menggunakan strategi metakognitif dalam setiap proses mencari, memilih, menyimpan dan mempelajarimaklumat yang diakses dari Internet